- KENANGAN
Headlines News :


Home » »

Written By ADMIN on 04 March 2008 | 4:07 AM

KELEBIHAN 10 MUHARRAM

HARI Asyura pada 10 Muharam mengandungi pelbagai peristiwa penting yang boleh dijadikan iktibar dan renungan bersama. Ganjaran pahala besar disediakan kepada umat Islam yang berpuasa sunat pada hari itu.Antara peristiwa penting dalam sejarah Islam pada hari itu ialah:Allah menerima taubat Nabi Adam as sehingga bersih daripada segala dosa dan kesilapannya.Allah mengangkat Nabi Idris ke tempat yang tinggi.Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kekejaman raja Namrud yang membakarnya hidup-hidup, namun apabila api padam, Nabi Ibrahim keluar dalam keadaan sihat sejahtera. Ini membuktikan Kebesaran Allah yang Maha Mencipta segala-galanya.Allah mengeluarkan Nabi Yusuf daripada penjara setelah merengkuk beberapa tahun berikutan fitnah Siti Zulaikha.Allah menyelamatkan Nabi Nuh serta pengikutnya daripada banjir besar yang melanda dunia selama enam bulan.Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakub sesudah buta beberapa lama akibat terlalu menangisi kehilangan anaknya, Nabi Yusuf.Nabi Yunus keluar daripada perut ikan setelah berada selama 40 hari 40 malam. Baginda terselamat setelah berzikir di dalam perut ikan itu.Allah menyelamatkan Nabi Musa yang terperangkap di Laut Merah daripada serangan Firaun dan bala tenteranya dengan membelah laut.Allah mengampuni kesilapan Nabi Daud.Allah mengurniakan kerajaan yang besar kepada Nabi Sulaiman.Allah mengangkat Nabi Isa ke langit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya.Hari pertama Allah menjadikan alam.Hari pertama Allah menurunkan Rahmat-Nya.Hari pertama Allah menurunkan hujan.Hari pertama Allah menjadikan Lauh Mahfuz.Allah menjadikan Malaikat Jibril.Sepuluh Muharam adalah hari memperingati dan menghayati kebesaran Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya. Berdasarkan lipatan sejarah Islam, Nabi Musa berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda bersyukur di atas kebesaran Allah yang Maha berkuasa menyelamatkan baginda serta pengikutnya daripada ancaman Firaun.Berpuasa pada hari Asyura sangat besar ganjaran pahalanya. Abu Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasullah saw yang bermaksud: “Rasullah saw ketika ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura, baginda menjawab: Amalan itu dapat melupuskan dosa setahun yang lalu.”Al Baihaqi pula meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan 10 Muharam dan jangan kamu meniru cara orang Yahudi.”Amalan bersedekah juga turut digalakkan. Abu Musa Al Madani meriwayatkan daripada Umar yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun lamanya dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura bagaikan bersedekah satu tahun.”Menggembirakan keluarga dan saudara terdekat juga turut disarankan. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan lapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.”Berdoa kepada Allah boleh dilaksanakan sepanjang masa, malah ia lebih baik lagi jika dilaksanakan pada waktu yang mustajab. Dalam keadaan berpuasa pada hari Asyura sebaiknya kesempatan perlu diambil untuk berdoa kepada Allah memandangkan orang yang berpuasa itu termasuk di kalangan mereka yang diperkenankan doanya.Di sepanjang bulan ini juga umat Islam turut digalakkan mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka. Memperbanyakkan amalan zikir, menziarahi orang sakit dan lain-lain.Sebenarnya, Muharam adalah bulan pertama mengikut kiraan tahun Hijrah. Banyak amalan yang dianjurkan agama Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.Kehadiran Muharam sewajarnya disambut dengan doa: “Ya Allah limpahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhamad saw berserta keluarga dan semua sahabatnya. Ya Allah Engkau zat yang kekal abadi, sedia ada. Dengan anugerah dan kemurahan-Mulah zat Yang Maha Agung, kami menggantungkan nasib.“Sekarang tahun baru sudah tiba, kami memohon perlindungan sepanjang tahun ini daripada segala godaan syaitan dan jin. Berilah kami pertolongan untuk menghindarkan diri daripada segala nafsu yang mengajak kepada melakukan kejahatan.“Bimbinglah kami dengan segala yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Semoga selawat tetap ke atas junjungan kami nabi Muhamad saw berserta semua keluarga dan sahabat-sahabatnya.”Semuga mendapat hidayah
Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

Recent Visitors

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN