- KENANGAN
Headlines News :


Home » »

Written By ADMIN on 02 March 2008 | 7:01 AM

MENGAPA UJIAN MENIMPA MANUSIA?

from my lovely....sabahan_mujahidah

Manusia menjadi lebih matang dan mantap selepas diuji. Tanpa ujian potensi dirinya tidak akan terserlah, justeru kita sepatutnya bersyukur apabila mendapat ujian. Imam Al-Ghazali menjelaskan kepada kita bagaimana hendak melihat sesuatu ujian secara positif. Bagi setiap ujian duniawi seperti kemiskinan, kesakitan, ketakutan dan kebencanaan, terdapat lima perkara yang sepatutnya disyukuri. Kelima-lima perkara itu mengikut Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin ialah,· Musibah dan kesakitan bukanlah kuasa yang akan menentukan jalan hidup kita. Kuasa yang menentukan jalan hidup kita ialah Allah, justeru segala ujian yang menimpa adalah kecil berdepan dengan kekuasaan Allah yang menentukan segala-galanya.· Musibah yang menimpa adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama. Berhubung dengan ini Imam Sahl bin Abdullah berkata, “Bersyukurlah kepada Allah kerana jika syaitan memasuki hatimu dan merosakkan tauhidmu maka apakah yang hendak kamu lakukan?” Omar Al-Khattab berkata, “Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat, pertama, ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua, ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga, aku akan mendapat keredaanNya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya.”· Berbanding akhirat, azab di dunia adalah ringan dan sekejap. Tambahan pula ujian di dunia dapat dikurangkan dengan pelbagai cara sedangkan hal ini tidak dapat dilakukan berhubung dengan azab di akhirat.· Penderitaan itu adalah sebahagian daripada ketetapan Allah. Lantas apabila ketetapan itu berlaku akan berkuranganlah ujian ke atasnya dan mungkin juga akan datang selepas itu kesenangan dan kebahagiaan.· Ujian-ujian di dunia ini adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat. Ujian di dunia boleh diumpamakan seperti ubat yang pahit yang bakal mendatangkan kesejahteraan di akhirat.Umat Islam adalah umat yang hebat kerana mereka dididik untuk menerima ujian dalam hidup sebagai satu perkara biasa. Lebih dari itu mereka menyedari ujian dalam kehidupan akan mendatangkan banyak kelebihan dan kebaikan pada mereka. Antara kebaikan itu ialah mereka akan dinaikkan darjat di sisi Allah. Imam Abu Daud meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Seseorang lelaki ada baginya satu darjat di sisi Allah yang dia tidak akan mencapainya dengan amal tetapi hanya akan mencapainya dengan ujian yang menimpa ke atas tubuh badannya.” Di samping itu kesusahan akan menyebabkan dosa-dosa mereka diampunkan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi bersabda, “Tidak ada satu pun musibah yang menimpa ke atas seseorang Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa-dosa.” Tambahan dari itu Allah memberi jaminan, kesusahan adalah jambatan kepada kejayaan. Dalam surah As-Syarh (alam nasyrah) ayat 5-6, Allah berfirman, “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.” Hal ini diperkukuhkan melalui sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud, “Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan ialah kesenangan.”Sifat sabar dan cekal amat dipentingkan oleh Islam kerana ia akan membantu anda untuk mencapai kejayaan. Oleh kerana itu, kalimat sabar diulang-ulangi tanpa jemu dan bosan dalam Al-Quran.· Dalam surah Al-Baqarah ayat 153 Allah berfirman, “Wahai mereka yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.”· Dalam surah Ali-Imran ayat 120 Allah berfirman, “Jika kamu bersabar dan bertakwa tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.”· Dalam surah An-Nisa’ ayat 25 Allah berfirman, “Jika kamu bersabar ia adalah baik bagimu.”· Dalam surah Yusuf ayat 90 Allah berfirman, “Sesiapa yang bertakwa dan bersabar sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan ganjaran ke atas mereka yang melakukan kebaikan.”· Dalam surah Luqman ayat 17 Allah berfirman, “Bersabarlah atas apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam perkara yang diwajibkan Allah.”· Dalam surah Az-Zumar ayat 10 Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mengganjari mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung.”Sebenarnya bagi setiap penderitaan ada rahsia dan hikmatnya. Ketika tiba musim haji, umat Islam akan teringat tentang satu kisah yang melambangkan kecekalan yang unggul. Kisahnya berkaitan dengan seorang srikandi umat yang bernama Siti Hajar. Oleh kerana nabi Ibrahim terpaksa melaksanakan perintah Allah, Siti Hajar dan anaknya Ismail ditinggalkan di satu kawasan yang kering kontang yang dikenali pada hari ini dengan nama Mekah. Bayangkan cabaran yang terpaksa dihadapi beliau ketika itu. Namun Siti Hajar tidak mengeluh dan menyalahkan nasib serta takdir. Beliau bangun dan berlari-lari antara Safa dan Marwah untuk mendapatkan makanan dan pertolongan namun usaha itu tidak mendatangkan sebarang hasil. Akhirnya datanglah pertolongan daripada Allah. Dari celah bumi yang kering kontang itu terbitlah air yang mengalir hinggalah ke hari ini. Air itu ialah air zamzam. Ia mengalir dengan penuh keberkatan sehingga kawasan yang tandus tanpa penghuni itu bertukar menjadi satu kawasan yang subur yang menjadi tumpuan manusia. Semua ini terhasil berkat kesabaran dan kecekalan Siti Hajar. Dan begitulah sikap orang-orang yang berjaya. Mereka bangun untuk berusaha. Ketika diuji mereka tidak suka mengeluh dan menyalahkan orang lain. Mereka yakin dengan bantuan Allah dan mereka sedar bantuan itu akan datang selepas mereka berusaha dengan penuh kesabaran. Jika mereka tidak berjaya di Safa, mereka akan mencuba pula di Marwah sehingga Allah menganugerahkan pertolongan dan kejayaan dari sisiNya. Memang benar, sikap positif Siti Hajar ini perlu kita contohi jika kita ingin mencapai zamzam kejayaan seperti beliau.Pada abad ke-19, Amerika Selatan kaya dengan kapas. Penanaman kapas mendatangkan hasil yang lumayan bagi penduduk-penduduk di situ. Tiba-tiba malapetaka mendatang. Serangga-serangga kecil yang dikenali sebagai boll weevil menyeberangi Mexico dan memusnahkan kesemua ladang-ladang kapas yang terdapat di Amerika Selatan. Ketika itu masalah ekonomi dan penderitaan hidup melanda masyarakat. Namun kesan dari tragedi ini, penduduk-penduduk di Amerika Selatan mengubah strategi ekonomi mereka dengan menanam tanaman-tanaman lain selain kapas. Hasilnya begitu positif sekali. Ketika itu barulah mereka sedar bahawa mereka masih boleh hidup senang tanpa kapas. Yang menyedarkan mereka tentang hakikat ini ialah serangga boll weevil selepas ia menghancurkan ladang-ladang kapas mereka. Mereka amat berterima kasih kepada serangga boll weevil lantas pada tahun 1910 masyarakat di Enterprise, Alabama, membina sebuah tugu khas untuk mengingatkan mereka tentang jasa serangga ini kepada mereka.Justeru, apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini manusia perlulah bersabar, berfikiran positif dan berbaik sangka terhadap Allah. Pada ketika yang sama mereka juga perlu berikhtiar serta berdoa agar usaha mereka mendapat kejayaan. Imam Abu Daud meriwayatkan, nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan Dia menjadikan bagi setiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah, tetapi janganlah kamu berubat dengan benda yang haram.” Memang benar, bagi setiap penyakit ada ubatnya demikianlah juga dengan hidup. Bagi setiap masalah ada jalan keluarnya. Justeru, janganlah mudah berputus asa ketika menghadapi ujian dan cabaran. Bagi orang-orang Islam jika mereka bersabar mereka akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.MENGAPA UJIAN MENIMPA MANUSIA?Manusia menjadi lebih matang dan mantap selepas diuji. Tanpa ujian potensi dirinya tidak akan terserlah, justeru kita sepatutnya bersyukur apabila mendapat ujian. Imam Al-Ghazali menjelaskan kepada kita bagaimana hendak melihat sesuatu ujian secara positif. Bagi setiap ujian duniawi seperti kemiskinan, kesakitan, ketakutan dan kebencanaan, terdapat lima perkara yang sepatutnya disyukuri. Kelima-lima perkara itu mengikut Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin ialah,· Musibah dan kesakitan bukanlah kuasa yang akan menentukan jalan hidup kita. Kuasa yang menentukan jalan hidup kita ialah Allah, justeru segala ujian yang menimpa adalah kecil berdepan dengan kekuasaan Allah yang menentukan segala-galanya.· Musibah yang menimpa adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama. Berhubung dengan ini Imam Sahl bin Abdullah berkata, “Bersyukurlah kepada Allah kerana jika syaitan memasuki hatimu dan merosakkan tauhidmu maka apakah yang hendak kamu lakukan?” Omar Al-Khattab berkata, “Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat, pertama, ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua, ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga, aku akan mendapat keredaanNya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya.”· Berbanding akhirat, azab di dunia adalah ringan dan sekejap. Tambahan pula ujian di dunia dapat dikurangkan dengan pelbagai cara sedangkan hal ini tidak dapat dilakukan berhubung dengan azab di akhirat.· Penderitaan itu adalah sebahagian daripada ketetapan Allah. Lantas apabila ketetapan itu berlaku akan berkuranganlah ujian ke atasnya dan mungkin juga akan datang selepas itu kesenangan dan kebahagiaan.· Ujian-ujian di dunia ini adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat. Ujian di dunia boleh diumpamakan seperti ubat yang pahit yang bakal mendatangkan kesejahteraan di akhirat.Umat Islam adalah umat yang hebat kerana mereka dididik untuk menerima ujian dalam hidup sebagai satu perkara biasa. Lebih dari itu mereka menyedari ujian dalam kehidupan akan mendatangkan banyak kelebihan dan kebaikan pada mereka. Antara kebaikan itu ialah mereka akan dinaikkan darjat di sisi Allah. Imam Abu Daud meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Seseorang lelaki ada baginya satu darjat di sisi Allah yang dia tidak akan mencapainya dengan amal tetapi hanya akan mencapainya dengan ujian yang menimpa ke atas tubuh badannya.” Di samping itu kesusahan akan menyebabkan dosa-dosa mereka diampunkan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi bersabda, “Tidak ada satu pun musibah yang menimpa ke atas seseorang Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa-dosa.” Tambahan dari itu Allah memberi jaminan, kesusahan adalah jambatan kepada kejayaan. Dalam surah As-Syarh (alam nasyrah) ayat 5-6, Allah berfirman, “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.” Hal ini diperkukuhkan melalui sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud, “Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan ialah kesenangan.”Sifat sabar dan cekal amat dipentingkan oleh Islam kerana ia akan membantu anda untuk mencapai kejayaan. Oleh kerana itu, kalimat sabar diulang-ulangi tanpa jemu dan bosan dalam Al-Quran.· Dalam surah Al-Baqarah ayat 153 Allah berfirman, “Wahai mereka yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.”· Dalam surah Ali-Imran ayat 120 Allah berfirman, “Jika kamu bersabar dan bertakwa tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.”· Dalam surah An-Nisa’ ayat 25 Allah berfirman, “Jika kamu bersabar ia adalah baik bagimu.”· Dalam surah Yusuf ayat 90 Allah berfirman, “Sesiapa yang bertakwa dan bersabar sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan ganjaran ke atas mereka yang melakukan kebaikan.”· Dalam surah Luqman ayat 17 Allah berfirman, “Bersabarlah atas apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam perkara yang diwajibkan Allah.”· Dalam surah Az-Zumar ayat 10 Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mengganjari mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung.”Sebenarnya bagi setiap penderitaan ada rahsia dan hikmatnya. Ketika tiba musim haji, umat Islam akan teringat tentang satu kisah yang melambangkan kecekalan yang unggul. Kisahnya berkaitan dengan seorang srikandi umat yang bernama Siti Hajar. Oleh kerana nabi Ibrahim terpaksa melaksanakan perintah Allah, Siti Hajar dan anaknya Ismail ditinggalkan di satu kawasan yang kering kontang yang dikenali pada hari ini dengan nama Mekah. Bayangkan cabaran yang terpaksa dihadapi beliau ketika itu. Namun Siti Hajar tidak mengeluh dan menyalahkan nasib serta takdir. Beliau bangun dan berlari-lari antara Safa dan Marwah untuk mendapatkan makanan dan pertolongan namun usaha itu tidak mendatangkan sebarang hasil. Akhirnya datanglah pertolongan daripada Allah. Dari celah bumi yang kering kontang itu terbitlah air yang mengalir hinggalah ke hari ini. Air itu ialah air zamzam. Ia mengalir dengan penuh keberkatan sehingga kawasan yang tandus tanpa penghuni itu bertukar menjadi satu kawasan yang subur yang menjadi tumpuan manusia. Semua ini terhasil berkat kesabaran dan kecekalan Siti Hajar. Dan begitulah sikap orang-orang yang berjaya. Mereka bangun untuk berusaha. Ketika diuji mereka tidak suka mengeluh dan menyalahkan orang lain. Mereka yakin dengan bantuan Allah dan mereka sedar bantuan itu akan datang selepas mereka berusaha dengan penuh kesabaran. Jika mereka tidak berjaya di Safa, mereka akan mencuba pula di Marwah sehingga Allah menganugerahkan pertolongan dan kejayaan dari sisiNya. Memang benar, sikap positif Siti Hajar ini perlu kita contohi jika kita ingin mencapai zamzam kejayaan seperti beliau.Pada abad ke-19, Amerika Selatan kaya dengan kapas. Penanaman kapas mendatangkan hasil yang lumayan bagi penduduk-penduduk di situ. Tiba-tiba malapetaka mendatang. Serangga-serangga kecil yang dikenali sebagai boll weevil menyeberangi Mexico dan memusnahkan kesemua ladang-ladang kapas yang terdapat di Amerika Selatan. Ketika itu masalah ekonomi dan penderitaan hidup melanda masyarakat. Namun kesan dari tragedi ini, penduduk-penduduk di Amerika Selatan mengubah strategi ekonomi mereka dengan menanam tanaman-tanaman lain selain kapas. Hasilnya begitu positif sekali. Ketika itu barulah mereka sedar bahawa mereka masih boleh hidup senang tanpa kapas. Yang menyedarkan mereka tentang hakikat ini ialah serangga boll weevil selepas ia menghancurkan ladang-ladang kapas mereka. Mereka amat berterima kasih kepada serangga boll weevil lantas pada tahun 1910 masyarakat di Enterprise, Alabama, membina sebuah tugu khas untuk mengingatkan mereka tentang jasa serangga ini kepada mereka.Justeru, apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini manusia perlulah bersabar, berfikiran positif dan berbaik sangka terhadap Allah. Pada ketika yang sama mereka juga perlu berikhtiar serta berdoa agar usaha mereka mendapat kejayaan. Imam Abu Daud meriwayatkan, nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan Dia menjadikan bagi setiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah, tetapi janganlah kamu berubat dengan benda yang haram.” Memang benar, bagi setiap penyakit ada ubatnya demikianlah juga dengan hidup. Bagi setiap masalah ada jalan keluarnya. Justeru, janganlah mudah berputus asa ketika menghadapi ujian dan cabaran. Bagi orang-orang Islam jika mereka bersabar mereka akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

Recent Visitors

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN