Al Azhar buka cawangan di Malaysia selepas ribuan tahun - KENANGAN
Headlines News :


Home » » Al Azhar buka cawangan di Malaysia selepas ribuan tahun

Al Azhar buka cawangan di Malaysia selepas ribuan tahun

Written By ADMIN on 13 April 2008 | 4:02 AM

REMBAU: Selepas ribuan tahun penubuhannya, Universiti Al Azhar di Mesir akhirnya membuka cawangan pertamanya di Malaysia.

Majlis pecah tanah bagi kampus cawangan itu diadakan di Kompleks Yayasan Sofa, Negeri Sembilan berhampiran Kampung Bukit Sembilan di sini, Ahad.

"Kami telah bekerja keras untuk mencapai usaha ini dan Alhamdulillah akhirnya kami berjaya," kata wakil universiti tersebut, Dr Umar Abdullah Kamil kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Beliau berkata Malaysia dipilih untuk ditubuhkan cawangan universiti berkenaan kerana negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan bangsa Melayu dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai bangsa yang kuat pegangan agama dan menganuti fahaman Sunah.

Umar Abdullah yakin pelajar dari Indonesia, Thailand dan India akan datang belajar di kampus di sini.

Katanya satu lagi kampus cawangan dicadang untuk ditubuhkan di Thailand di masa depan.

Universiti Al Azhar kini mempunyai kira-kira 28,000 pelajar dan kira-kira 7,000 orang dari mereka datang dari rantau ini.

Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, Mohd Shukor Sabudin berkata dengan adanya kampus Al Azhar itu, ia diharap menjadi pusat pengajian Islam dan tempat rujukan masyarakat Islam

sumber :mstar.com.my
Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

Recent Visitors

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN