hadis dan riwayat - KENANGAN
Headlines News :


Home » » hadis dan riwayat

hadis dan riwayat

Written By ADMIN on 01 April 2008 | 2:07 AM

”Dari Abu Darda r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda :Tidak seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama Muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat mendoakannya pula : Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula."


Firman Allah s.w.t: "Dan berpegangteguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam),dan janganlah kamu bercerai-berai,dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu),lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam),Maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara". (Ali-Imran ayat 103)

Firman allah s.w.t : "Katakanlah (wahai muhammad): "Perhatikan apa yang terdapat dilangit dan dibumi". Namun begitu segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan allah),dan segala rasul (yang menyampaikan perntah-perintah allah dan memberi amaran,tidak akan memberi faedah kepada orang yang tidak mahu beriman". (Surah Yunus : Ayat 101)

Saidina Umar Al Khattab Rha. berkata : -Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. -Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. -Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. -Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya. -As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-

Kuasa dan wang ringgit itu ujian... Orang yang bijaksana itu bukanlah orang yang bijak menipu, tapi orang yang takut untuk menipu sebab dia sedar dan insaf bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya

Firman Allah SWT. : Bermaksud: Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: ”Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya< ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibi bapamu dan kepada Akulah tempat kembalimu”. (Surah Luqman- ayat 13 – 14)
Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

Recent Visitors

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN