QURAN HADIS DAN RIWAYAT 1 - KENANGAN
Headlines News :


Home » » QURAN HADIS DAN RIWAYAT 1

QURAN HADIS DAN RIWAYAT 1

Written By ADMIN on 26 April 2008 | 8:18 AM

Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Sesungguhnya Allah Taala mengutus seorang malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata: Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging. Manakala Allah sudah memutuskan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata: Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya (Sahih Muslim)

 

 

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku memperkenankan permintaan orang yang meminta, apabila ia meminta kepadaKu, oleh sebab itu, perkenanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu, supaya mereka menempuh jalan yang lurus" (Al-Baqarah:186)

 

 

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu: 1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; 2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; 3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; 4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

 

 

Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama' (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat. -Wasiat Luqmanul Hakim-

 

 

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat),dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi)

 

 

Dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya

 

 

Firman Allah yang bermaksud : "Wahai umat manusia, sesungguhnya telah kami ciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu dari berbagai bangsa dan puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu." - Al-Hujurat: Ayat 13 -

 

 

FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA : “ALLAH MENGANGKAT KEDUDUKAN ORANG-ORANG YANG BERILMU DENGAN BEBERAPA DARJAT DAN INGATLAH ALLAH AMAT MENDALAM PENGETAHUANNYA TENTANG APA YANG KAMU LAKUKAN” (SURAH AL-MUJADALAH AYAT 11)

Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

Recent Visitors

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN