CINTA DAN PERKAHWINAN - KENANGAN
Headlines News :


Home » » CINTA DAN PERKAHWINAN

CINTA DAN PERKAHWINAN

Written By ADMIN on 13 May 2008 | 8:46 PM

MUQADIMMAH

Pada kali ini penulis membawa konsep yang agak ringan untuk kalian .Topik ini sememangnya tidak asing lagi dalam duniawi ini .Penulis tidak bermaksud bahawa kini mempunyai ilmu yang mantap mahupun mempunyai pengalaman dalam hal ini , hanya sekadar ingin berkongsi bersama kalian .Hal ini kerana Dr .Yusuf Al-Qardhawi , seorang ulama’ yang terkenal dengan fatwa-fatwanya turut membincangkan topik ini ,jadi tak salah rasanya bagi penulis untuk mengulas sedikit tentang cinta dan perkahwinan menurut Islam . Moga kita semua dijauhkan dari segala bisikan syaitan dan fitnah dunia kerana semua itu mampu merosakkan amalan dan menggugatkan tahap kedarjatan iman kita .

PENILAIAN ULAMA’ TERHADAP CINTA DAN PERKAHWINAN

Ulama’ berkali-kali menegaskan bahawa tidak bersetuju slogan sebahagian orang pada zaman moden ini mengenai “bercinta sebelum menikah” , sebab jalan seperti ini penuh dengan bahaya dan diliputi bermacam-macam kesamaran dan ketidakpastian .Hal ini sering dilakukan dengan cara yang tidak sihat dan tidak lurus seperti bergayut dengan telefon dan lain-lain lagi kelakuan yang tidak sopan kerap dilakukan oleh insan yang bernama khalifah Allah . Kebiasaannya dilakukan tanpa pengetahuan keluarga ,tanpa berdasarkan pilihan dan pemikiran terlebih dahulu baik dari pihak lelaki mahupun perempuan .Dari hanyalah “iseng” tetapi akhirnya menjadi “cinta” ,bermula dari permainan tetapi akhirnya menjadi suatu kesungguhan .

Secara tak sedar ia telah menimbulkan akhlak-akhlak yang tercela kerana telah jauh dari cahaya dan bimbingan , hanya menuruti gelojak remaja ,hanya menurut perasaan serta sekadar memenuhi keinginan hawa nafsu dan gharizah , dan memperturutkan bisikan syaitan dari jenis jin dan manusia . Dalam kondisi sebegini rupa sering kali lelaki dan perempuan terjatuh ke lembah dosa ,kerana mereka bukan malaikat yang disucikan dan bukan pula dari kalangan nabi-nabi yang maksum . Lebih-lebih lagi ‘pasangan ’ mabuk cinta itu tidak sejajar status social dan keintelektualisasinya .Maka akan muncullah dinding-dinding rintangan di antara keduanya sampai mereka memasuki alam perkahwinan . Kondisi seperti ini hanya menimbulkan hati terluka dan urusan menjadi lebih rumit .

Menurut pandangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi ,cara yang paling utama untuk suatu perkahwinan ialah apa yang dibiasakan oleh masyarakat kita dan masyarakat Arab dan Islam . Kebiasaan yang biasa dilakukan sebelum datangnya pengaruh Barat terhadap umat adalah:

• Melakukan pilihan yang penuh pertimbangan dan rasional dari kedua belah pihak terhadap calon teman hidupnya . Pilihan yang didahului dengan pengamatan dan pertimbangan atas keperibadian masing-masing.

• Setelah keduanya saling merasa cocok dan terlebih dahulu difikirkan kemungkinan-kemungkinan untuk mendapatkan kebahagiaan dalam perkahwinannya baik dari segi fizikal , kejiwaan ,pemikiran ,ekonomi , mahupun social .

• Selain itu , perlu juga diambil kira mengenai tidak adanya hambatan menuju perkahwinan dari salah satu pihak atau keluarganya , atau tradisi dan tatanan masyarakat yang berlaku .

• Dalam hal ini , peminang yang datang dan menghadap kepada keluarga si gadis kemudian diperkenankan baginya untuk melihat wanita itu sebagaimana si wanita juga diperkenankan melihat dia . Tetapi alangkah baiknya kalau hal ini dilakukan tanpa pengetahuan wanita tersebut,demi menjaga perasaannya di mana peminang tidak tertarik dan tidak berkenan setelah melihatnya .

• Sekiranya kondisi “kapak telah masuk kepala” berlaku iaitu cinta telah berpadu serta ‘pasangan’ tersebut sudah saling bergantung pada cinta suci dan mulia dan telah bertaut dalam tempoh yang agak lama maka keluarga harus bertindak sebagai pemerhati dan melihatnya dengan cermat dan bijaksana ,jangan sewenang-wenangnya memaksakan kehendaknya dan jangan pula menolak lamaran hanya kerana alasan yang simple atau tanpa sebab .

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dari Nabi s.a.w yang mengatakan :


“ Tidak ada yang terlihat oleh dua orang yang saling mencintai seperti pernikahan”


Ini bermakna nikah atau perkahwinan itu merupakan jalan yang paling menguntungkan untuk mengubati perasaan “cinta” antara dua hati . Berbeza dengan sebahagian kabilah Arab di pelosok yang menghalangi pasangan yang saling jatuh cinta .Lebih-lebih lagi jika hal ini sudah diketahui oleh pihak keluarga lelaki mahupun perempuan .

Syariat Islam adalah syariat yang melihat pada kenyataan kerana itu ia memandang perlunya memadukan hubungan perasaan dengan aturan syara’ yang di atas fondasi inilah keluarga muslimah dapat dibentuk dengan memerhatikan factor agama dan cinta . Sesungguhnya sikap keacuhan keluarga yang tidak mahu mendengar suara hati pemuda dengan membanggakan symbol-simbol social ,menyombongkan keturunan dan kedudukan seperti orang jahiliyah,semua itu hanya akan mensengsarakan si anak .Bahkan hal itu mendorong mereka terus mengikuti tradisi dan peradaban yang menyimpang dari syariat Islam .Sedangkan ‘nasab’ zaman kita sekarang ini adalah ilmu ,amal dan hasil .Calon suami yang dianjurkan oleh Islam adalah yang berakhlak dan komitmen pada agama yang merupakan dua factor penting bagi tegaknya keperibadian Islam.Mengenai hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda :


“Apabila datang kepadamu orang yang kamu sukai akhlaknya dan agamanya ,maka kahwinlah dia. Jika tidak kamu lakukan ,maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar”



Teringat penulis akan kata-kata dari kisah sahabat mengenai cinta yang menyebut ;

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."


Katanya lagi ;

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Kalian , janganlah kita tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah dan apa yang dipanggil keperluan manusia . Cinta tak pernah membawa kita ke mana ,andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya .Ketahuilah kebenaran itu dan kuatkanlah hati kalian untuk menegakkannya .Moga kata-kata dari sahabat penulis ini memberikan seribu kekuatan untuk mempertahankan cinta dan perkahwinan yang hakiki menurut Islam.


MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

• Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh ,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan seperti mana firman Allah ;


“ Satu keturunan yang sebahagiannya(tuntutan) dari yang lain” (Ali-Imran ; 34

• Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari menundukkan pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat .Jangan di lepaskan peluang (menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda ;

“Allah berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada jalan Allah,hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya”

• Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;

“Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian .”



Dalam riwayat lain ada disebutkan ;

“Kahwinikanlah mereka dengan yang sekufu”

• Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w.


“ Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka,kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik” (hadis riwayat Ibn Majah )



• Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya ,kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan.Siapa yang mengahwininya keran hartanya,perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya ,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya,memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim ,Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya” (hadits riwayat Abu Nuaim)

Ingin penulis berkongsi bersama kalian dengan kata-kata ini dari Dr. HM Tuah
Iskandar Al-Haj yang menyatakan ;

“ CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,kuat dan bermotivasi sepenuhnya” dan “Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang”


Penulis mengakhiri topik yang agak ‘menceriakan’ pada kali ini dengan kata-kata yang boleh dijadikan renungan seketika bersama kalian …Wallahu’alam..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa …
Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya…
Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan addinnya…
Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya…
Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN…
Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

Recent Visitors

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN