Al Ahnaf Berguru Dengan Umar Al Khattab - KENANGAN
Headlines News :


Home » » Al Ahnaf Berguru Dengan Umar Al Khattab

Al Ahnaf Berguru Dengan Umar Al Khattab

Written By ADMIN on 19 July 2008 | 2:37 AM














Al Ahnaf bin Qais telah berkesempatan untuk berguru dengan para sahabat
yang ternama terutama sekali Umar al Faruq r.a Al Ahnaf berkesempatan
untuk hadir ke majlis Umar dan mendengar nasihatnya selain berpeluang
mendengar majlis penghakiman Umar. Malahan al Ahnaf merupakan murid
yang paling menyerlah dikeluarkan daripada madarasah Umar. Beliau
sangat terpengaruh dengan gurunya yang amat bijaksana.

Al Ahnaf pernah ditanya: "Dari manakah kamu memperolehi sifat mulia dan bijaksana ini?"

Al Ahnaf menjawab dengan merendah diri:"Semuanya daripada kata-kata yang
saya dengar daripada Umar al Khattab. Umar pernah berkata:"Orang yang
bergurau akan dipandang rendah. Orang yang banyak mengetahui sesuatu
akan lebih dikenali. Orang yang banyak bercakap akan banyak melakukan
kesalahan. Orang yang banyak kesalahan akan kurang sifat malunya. Orang
yang kurang sifat malunya akan kurang sifat waraknya. Orang yang kurang
sifat waraknya akan mati hatinya."

Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

Recent Visitors

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN