Penulis dedah taktik syaitan ‘bogelkan’ wanita berhijab - KENANGAN
Headlines News :


Home » » Penulis dedah taktik syaitan ‘bogelkan’ wanita berhijab

Penulis dedah taktik syaitan ‘bogelkan’ wanita berhijab

Written By ADMIN on 24 July 2008 | 8:01 AM

Begitulah antara tahap yang dilakukan syaitan secara berperingkat -peringkat untuk  menelanjangkan wanita Muslimah yang memakai hijab. Bagaimana syaitan melakukannya sehingga berjaya menelanjangkan wanita berhijab?

Itulah persoalan yang dikupas penulisnya di dalam buku setebal 265 muka surat ini yang disasarkan kepada kaum wanita dan para ibu bapa untuk direnung dan difikirkan. Menurut penulisnya, tidak cukup seorang wanita itu memakai hijab semata-mata, bahkan mesti mengetahui hikmah dan tujuan menutup tubuh mereka.

Mereka patut mengetahui ayat-ayat Al-Quran serta hadiths tentang hijab. Juga mengetahui faedah-faedahnya berhijab dari sudut agama dan keduniaan. Syaitan memulakan tindakan dengan mendatangi wanita daripada pintu yang disenangi oleh kaum wanita, iaitu kegemaran berhias, suka berpakaian dan suka menyempurnakan kekurangan diri dengan perhiasan.

Caranya ialah dengan menjadikan yang buruk sebagai indah dan yang haram sebagai halal pada pandangan manusia. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang agak menarik bagi mengajak pembaca meneliti dan mengikuti setiap perkara yang dikemukakan.

Bab pertama membicara tentang rancangan syaitan dan kaedah yang digunakan dalam usaha memperdaya kaum wanita. Bab-bab berikutnya menjelaskan bagaimana penelanjangan yang sudah berlaku itu sehinggalah seorang wanita itu tidak menyedari dirinya ditelanjangi sedikit demi sedikit. Setelah itu, syaitan akan beralih ke peringkat yang lebih berani lagi.

Bagi mengelakkan kebosanan, penulisnya bukan sahaja memberikan penerangan dan penjelasan pada beberapa bahagian, malah sebahagian besar kandungan bab-bab berikutnya merupakan semacam bentuk perbualan antara syaitan dengan diri seorang wanita yang dikuasai dengan amarah keburukan yang mana syaitan menghasut diri wanita dengan segala tipu muslihatnya.

Walaupun buku ini merupakan buku terjemahan terbitan asal di Mesir, ia mudah diikuti dengan terjemahan ke bahasa Melayu yang sederhana. Selayaknya ia disasarkan kepada kaum wanita dan para ibu bapa untuk membacanya.

Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

There was an error in this gadget

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN