PEREMPUAN OH PEREMPUAN - KENANGAN
Headlines News :


Home » » PEREMPUAN OH PEREMPUAN

PEREMPUAN OH PEREMPUAN

Written By ADMIN on 24 July 2008 | 6:04 PM



Imam Al-Bukhari meriwayatkan, daripada Abi Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda;

اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ

Maksunya;
“sentiasalah memberi pesanan kepada perempuan, kerana perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Kalau kamu hendak betulkannya, nescaya kamu telah mematahkannya. Kalau kamu tinggalkannya, maka dia akan sentiasa bengkok, maka sentiasalah kamu memberi pesanan kepada perempuan
[1]

Perempuan adalah makhluk ciptaan Allah sebagai gandingan bagi kaum lelaki. Lelaki tidak akan sempurna tanpa perempuan, begitulah sebaliknya.

Kesempurnaan kehidupan lelaki dengan perempuan dari berbagai-bagai sudut. Juga tidak dinafikan, perempuan merupakan pembawa fitnah kepada kehidupan lelaki.

Masakan tidak, Baginda SAW ada bersabda:

فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

Maksudnya;
”Takutilah kamu kepada dunia. Dan takutilah kamu kepada perempuan. Maka sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israel adalah berpunca dari perempuan
[2]

Jelasnya, lelaki akan menjadi sempurna dengan perempuan. Tetapi, perempuan yang boleh menyempurnakan lelaki adalah perempuan yang disebut sebagai wanita yang solehah.

Sabda nabi SAW;

الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya;
”Dunia adalah keseronokkan. Sebaik-baik keseronokkan dunia adalah perempuan yang solehah
[3]

Pun begitu, hakikat perempuan itu ada kelemahannya. Walaupun mereka bercita-cita melakukan kebaikan. Dan sememangnya mereka melakukan kebaikan, tetapi kadangkala ada sedikit sebanyak cita-cita mereka itu terabai oleh mereka sendiri.

Keadaan ini tidak pelik, kerana memang Baginda SAW sudah nyatakan bahawa mereka adalah ”bengkok”. Bukan bermakna lelaki tidak bengkok, tetapi bengkoknya perempuan yang apabila silap dibetulkan membawa kepada ”Patah”, tetapi ”bengkok” lelaki tidaklah membawa kepada ”patah”.

Mengapa ini boleh terjadi????

Kembali kepada fitrah. Perempuan diciptakan Allah mempunyai emosi yang kuat. Bukan bermakna lelaki tidak mempunyai emosi, tetapi emosi perempuan itu sukar dikawal. Lelaki juga emosi, tetapi mudah dikawal dengan rasional.

Dengan sebab itulah, tidak hairan kuasa talak itu diberikan Allah kepada kaum lelaki. Kalaulah diberikan kepada perempuan, ntah berapa kali sehari tak tau suaminya ditalak.

Untuk menjadi suami yang baik, dalam menghadapi kerenah isteri yang beremosi tak tentu pasal ini, perlunya ada kebijaksanaan dalam menghadapinya.

Kebijaksanaan itu bermula dengan mengambil sikap menjadi pendengar setia berbanding penceloteh yang budiman. Berceloteh secara budiman memang dituntut, tetapi agak tidak relevan kalau digunakan dikala si isteri sedang beremosi. Yang lebih parah, apabila kebaikan yang ada dalam celoteh si suami ”digelapkan” oleh isteri, disebabkan emosi yang terlalu menebal.

Mengapa begitu???

Kembali kepada fitrah... ada sebilangan isteri, mereka tidak pernah mengharapkan penyelesaian kepada sesuatu masalah, tetapi ia perlukan belaian.

Bagaimana hendak belai mereka sedang beremosi???

Belaian itu adalah dengan mendengar luahan emosinya, disamping menunjukkan kepadanya bahawa kita sedang mengambil perhatian terhadap luahannya itu. rajin-rajinlah menyebut kalimah, ”ye ker?” sambil angguk-angguk, geleng-geleng, beristighfar, bertasbih dan macam-macam lagi.

Yang perlu diambil perhatian, perempuan amat tidak suka kalau perasaan mereka tidak dibelai. Lebih parah, kalau diremehkan.

Kalau nak tengok perang saudara, cubalah lakukan !!!!

Apabila emosinya sudah reda, maka disitulah penceloteh budiman perlu bekerja. Walaupun isunya harus dihurai secara celoteh, tetapi jangan sekali-kali menggunakan kaedah celoteh, tetapi gunalah gaya bercakap yang meyakinkan.

Bagaimana??? Anda lebih mengetahui bentuk kesukaan isteri anda dalam berkata-kata. Maka itulah yang perlu anda lakukan.

Kadang-kadang, disebabkan emosinya susah hendak diredakan, gunalah cara-cara yang lain. Mengapa tidak manfaatkan SMS, untuk bertazkirah.

Manfaatkan IT untuk kebahagian suami dan isteri.

Yang lebih penting, jangan abaikan tazkirah berpanjangan terhadap perempuan. Jika tidak, dibimbangi dia sentiasa ”bengkok”.

Sapa saya hendak tazkirah isteri???

Parah oh parah...

Susah juga hendak tazkirah isteri ni. Maklumlah, segala kelemahan kita diketahuinya. Oleh itu, mengapa tidak mengaku sahaja kita memang ada kelemahan. Dan mengapa tidak mengaku sahaja, bahawa kita bersedia belajar dengan dia. Mengapa tidak mengaku sahaja, kita mahu belajar dari kelemahan ini demi mencapai kesempurnaan.

Secara naluri, perempuan diberikan perasaan yang lembut. Pasti dia akan bersimpati.

Apabila dia sudah bersimpati, inilah peluang untuk kita hendak menjadi pentazkirah yang berkesan.

Mulakan dengan meletakan prinsip. Prinsip utama adalah, letak cinta Allah melebih segala-galanya. Yakinkan dia terhadap perubahan kita. Pastikan, semuanya di asaskan kepada tauhid kepada Allah SWT.

Kita sama-sama mahu berubah. Isteri boleh berubah bersama-sama suami yang sedang berubah. Apakah itu boleh berlaku??? Jangan lupa berdoa dengan Allah SWT. Itulah senjata orang beriman.

PENUTUP

Berinteraksi dengan perasaan perempuan adalah sesuatu yang menarik, tetapi kadang-kadang memeritkan. Pun begitu, disebalik keperitan itu, ada penawarnya. Penawarnya adalah ”al-hikmat”, iaitu kebijaksanaan.

Apa itu kebijaksanaan??? Memahami kekuatan dan kelemahannya, merupakan salah satu unsur kebijaksanaan dalam berinteraksi dengan perempuan.

Walaubagaimanapun, yakinilah bahawa semua ini telah disebut oleh nabi SAW.

Sekian

Wallahu ’Alam
Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

Recent Visitors

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN