Kisah dari Hadith - KENANGAN
Headlines News :


Home » » Kisah dari Hadith

Kisah dari Hadith

Written By ADMIN on 11 August 2008 | 9:01 AM

 
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Bagi menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul daripada hadis di atas, kami nukilkan keseluruhan teks hadis tersebut. Iaitu:

Sabda Nabi SAW: "Allah ketawa terhadap dua lelaki, salah seorangnya membunuh yang seorang lagi, kedua-duanya masuk ke syurga".

Lalu para sahabat bertanya: "Bagaimana boleh jadi begitu?".

Jawab Rasulullah SAW: "Salah seorang itu berperang pada jalan Allah, lalu dia mati syahid. Kemudian, (pembunuhnya yang kafir bertaubat, dan) Allah menerima taubat pembunuhnya itu, dan dia masuk Islam. Kemudian, dia berperang pada jalan Allah dan akhirnya dia pula yang mati syahid".

- Imam Bukhari ketika membawakan hadis ini dalam kitabnya 'Sahih', membuat tajuk: BAB: Seorang Kafir Membunuh Seorang Muslim, Kemudian Dia Masuk Islam, dan Berbuat Baik, Dan Dia Dibunuh.

- Jelasnya, antara hadis ini dengan hadis 'Pembunuh dan yang dibunuh masuk neraka', adalah dalam dua konteks yang sangat berbeza. Kerana dalam hadis kedua ini, orang yang dibunuh bukannya mati syahid dalam peperangan, tetapi dalam perkara yang tidak haq. Pembunuhnya masuk neraka kerana jenayah bunuh dan tidak bertaubat. Yang dibunuh juga masuk neraka kerana berazam membunuh kawannya itu.

Wallahu A'lam.
Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

Recent Visitors

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN