Puisi Cinta Dan Harapan Seorang Hamba. - KENANGAN
Headlines News :


Home » » Puisi Cinta Dan Harapan Seorang Hamba.

Puisi Cinta Dan Harapan Seorang Hamba.

Written By ADMIN on 26 October 2008 | 7:31 PM

Image hosted by Photobucket.com

Ya Allah ya Tuhan ku.
Ini aku datang lagi ....

Kepada Engkau aku sembah
Dan kepada ENGKAU aku minta pertolongan..
Tunjukkan aku jalan yang lurus...

Ya Tuhan...
Keadaan ku seperti begini juga.
Maseh penuh dengan masaalah kehidupan dan keadaan sekeliling yang amat menyakitkan pandangan mata dan hati!

Kadang2 aku merasa yang diri ini kesorangan tanpa ada manusia2 yang sudi mengerti perasaan dihati ku ini.

Siapa yang dapat mengerti perasaan hati ku ini... selain Engkau ya Tuhan!
Siapa yang dapat memahami diri ku ini ......selain Engkau ya Allah!
Kepada siapa lagi yang dapat aku mengadu.... melainkan kepada MU ya Allah.
Kepada siapa lagi yang dapat ku mohon perlindungan.... melainkan kepada MU sahaja ya Allah!

Engkau sahaja yang dapat mengerti tentang lemahnya diri ku ini...
Engkau sahaja yang dapat memahami tentang kekurangannya diri ku ini.
Engkau sahaja yang dapat mengampunkan segala dosa dan kesalahan diri ku ini...

Ya TUHAN ku...!
Aku merasa tidak sesuai dengan manusia2 disekeliling ku.
Mereka terlampau sibuk mengejar kesenangan dunia
Mereka terlampau sibuk mencari kebahagian dan kesenangan hidup didunia
Mereka amat suka berlapang2 dan bersuka ria
Mereka amat suka kepada kesenangan harta dan kesenangan berkeluarga mereka.
Mereka sering mengambil ringan urusan akhirat dengan berbagai2 alasan.
Mereka telah menjual hati dan perasaan mereka kepada yang lain....selain ENGKAU ya Tuhan!

Mereka tidak suka berbual tentang MU ya TUHAN...!
Mereka tidak suka membaca kitab Al Quran kalam mu ya Tuhan!
Mereka merasa malas untuk menghadiri majlis2 membaca Al Quran...majlis zikiru MU ya Tuhan!
Mereka sudah malas untuk memperbanyakan beribadat kepada MU ya Tuhan!

Ya Allah....ya Tuhan ku...!
Tolonglah aku ya Tuhan...!
Aku takut jika aku akan menjadi seperti mereka!
Aku tidak mahu menjual hati dan perasaanku kepada dunia...sebagaimana mereka!
Aku tidak mahu hati ku penuh dengan urusan dunia sebagaimana fikiran dan hati mereka!

Tolonglah aku ya Tuhan!
Kepada Engkau aku sembah...
Dan kepada Engkau aku minta pertolongan...
Sesungguhnya aku mengaku bahawasanya...
ENGKAUlah ya Allah satu2nya Tuhanku!
Share this article :

0 comments:

Top 10 Members

Recent Visitors

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | KENANGAN | KENANGAN
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2015. KENANGAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by KENANGAN